Page 16 - Amagram January-February 2020 (BM)
P. 16

16  Jan-Feb 2020
            JANGAN TERJEBAK DENGAN




            DIET KILAT!







             Adakah seluar jean anda terasa ketat kerana anda asyik
             menjamu selera dengan tat nanas dan minuman ringan
             sepanjang musim perayaan ini? Adakah anda sedang mencari
             penyelesaian pantas untuk menurunkan berat badan?



               Terimalah hakikat. Kita semua pernah
               mengalaminya. Perut semakin buncit dan
               anda tertarik untuk melakukan pembersihan
               kolon dengan jus atau mencuba diet
               nyahtoksik yang terkini. Tetapi tahukah
               anda diet jenis ini boleh menjejaskan tubuh
               anda? Sebenarnya, diet kilat bukan sahaja
               tidak memberikan hasil jangka panjang, ia
               boleh membawa lebih banyak kemudaratan
               daripada kebaikan kepada kesihatan anda.

               PERATURAN KETAT
               MENJAUHKAN
               MAKANAN YANG BAIK
               Persamaan kebanyakan diet kilat ialah ia
               sangat terbatas. Ada yang mencadangkan
               agar menyekat hampir semua pengambilan
               karbohidrat. Yang lain pula mengesyorkan
               agar menolak semua lemak, walaupun
               lemak yang sihat. Kemudian ada juga yang
               memberitahu agar fokus untuk makan satu
               kumpulan makanan sahaja.

               Pendekatan yang tidak seimbang terhadap
               pemakanan ini boleh menjadikan tubuh
               anda kekurangan nutrisi. Diet yang baik
               mengandungi gabungan pelbagai buah-
               buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh,
               protein, lemak yang sihat dan suplemen.

             “      SUKAR UNTUK DIKEKALKAN


                                                           Penyelesaian penurunan berat badan
                    Sebab orang kehilangan berat badan pada
                                                           bukannya satu untuk semua. Untuk
                    permulaan diet kilat adalah kerana mereka
                    kurang makan.
                                                           penurunan berat badan, penting untuk
                    Walau bagaimanapun, kita tidak dapat   mencapai dan mengekalkan matlamat
                    mengekalkan cara makan yang terbatas itu.   menggunakan strategi yang paling sesuai   Kerry Grann, Saintis
                    Jadi, berat badan kita meningkat semula   dengan gaya hidup seharian anda.  “  Penyelidikan Utama Amway
                    kerana kita tidak belajar cara untuk makan                                     yang mengusahakan produk
                    dengan betul sejak mula.                                                       dan program BodyKey.




         AG 0120 Pg 16-17 BodyKey 3.indd   16                                                                    10/12/2019   10:05 AM
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21