Sama seperti badan kita yang memerlukan nutrisi supaya kekal sihat, kulit pun memerlukannya — jadi, pelbagai produk kami berfungsi sebagai suplemen untuk kulit anda. Ia dapat mengubah penampilan anda dan menyerlahkan Kecantikan yang Sihat lagi unik.
Pitonutrien ialah bahan utama rumusan Artistry™. Bagi mendapatkan bahan terbaik yang kaya dengan pitonutrien, sudah tentu kami akan mencari sumber yang paling kami percaya: ladang Nutrilite™.
Pito ialah perkataan Greek yang bermakna tumbuhan. Inilah makna sebenar pitonutrien: nutrien tumbuhan — nutrien yang dihasilkan secara semula jadi oleh tumbuhan. Ia sangat sesuai untuk penjagaan kulit kerana ia berkuasa (dalam alam semula jadi, tumbuhan menghasilkannya untuk membesar, kekal sihat dan melindungi diri) dan juga bersifat semula jadi.
Pitonutrien mengandungi pelbagai lapisan molekul yang bermanfaat, daripada vitamin hingga sebatian lain. Anda mungkin pernah mendengar tentang betacarotene, Omega3 dan resveratrol, tetapi wujud berpuluh ribu lagi molekul lain.
Setiap produk Artistry™ diperkaya dengan satu atau lebih banyak botani tanaman Nutrilite™ — kerjasama yang unik antara dua jenama yang dipercayai ramai.
Jenama Nutrilite™ diasaskan pada tahun 1934 oleh Carl Rehnborg, yang menggabungkan pendekatan holistik dengan nutrisi yang baik dan dilengkapi pemahaman mendalam tentang kepentingan pitonutrien. Hari ini, Artistry™ ialah satu-satunya jenama kecantikan di dunia ini yang bekerjasama dengan Nutrilite™, jenama jualan nombor satu di dunia yang menjual vitamin berasaskan tumbuhan dan suplemen pemakanan*.
*Disahkan oleh Global Data berdasarkan data pada tahun 2019.
Malahan, kebanyakan tumbuhan yang digunakan untuk pitonutrien Artistry™ ditanam di ladang Nutrilite™ yang disahkan organik. Di kemudahan khusus ini, tumbuhan ditanam secara mampan dan teliti supaya dapat menghasilkan tumbuhan yang tulen dan kaya dengan nutrien. Kemudian, tumbuhan diproses dengan cermat untuk mendapatkan pati ekstrak pitonutriennya.
Produk Artistry™ yang diseduh dengan bahan tanaman Nutrilite™ melambangkan kemuncak gabungan pengalaman selama 145 tahun — lebih 85 tahun kepimpinan dalam bidang nutrisi dan kesejahteraan, serta lebih 60 tahun kepakaran dalam bidang sains kulit dan kecantikan. Gabungan ini menghasilkan perkongsian yang berbeza berbanding syarikat kecantikan yang lain di dunia ini.
Lebih 60 tahun, idea Kecantikan yang Sihat sentiasa sebati dalam sanubari kami. Susur-galur kami bermula dengan Edith Rehnborg, pelopor usahawan wanita, dan suaminya Carl Rehnborg, pengasas produk Nutrilite™. Bersama-sama, mereka menggabungkan kecantikan, sains dan nutrisi terbaik untuk mencipta pendekatan kecantikan yang holistik. Matlamat Edith ialah menyediakan penyelesaian kecantikan sambil menambah baik kesejahteraan. Kami berbangga kerana kami dapat meneruskan legasinya pada hari ini.
Setiap wanita ialah individu yang unik dan karya seni tersendiri.”
441>Edith Rehnborg, isteri pengasas Nutrilite™, Carl Rehnborg, melancarkan siri kosmetiknya sendiri - Edith Rehnborg Cosmetics sebagai sebahagian daripada syarikat Nutrilite.
Amway ditubuhkan pada 9 November 1959.
Generasi pertama Artistry™ Color Cosmetics dicipta oleh syarikat Amway™.
Edith Rehnborg Cosmetics and Artistry™ disatukan di bawah nama Artistry™, dan jenama ini mengekalkan semua produk utama daripada setiap siri.
Jenama Artistry™ dijual secara global dan diperluaskan dalam pasaran Australia, Hong Kong, Malaysia, Perancis, Belanda, United Kingdom dan Jerman Barat.
Amway membuka loji kosmetik yang canggih di Ada, Michigan.
Teknologi penjagaan kulit, produk penjagaan badan dan koleksi solekan inovatif baharu dicipta dan dilancarkan.
Perluasan global jenama Artistry™ diteruskan di Asia, Eropah dan Amerika Selatan.
Produk Artistry dilancarkan dalam 28 pasaran di seluruh dunia termasuk Indonesia, Portugal, Argentina, Republik Czech, Slovakia, dan Uruguay.
Penjagaan kulit Artistry™ memperkenalkan pelbagai koleksi yang masih disayangi ramai pada hari ini: Creme L/X, Intensive Skincare, Youth Xtend, dan banyak lagi.
Pembungkusan istimewa “crescendo” kami diperkenalkan, yang memperkenalkan Artistry™ kepada generasi baharu.
Artistry meraikan ulang tahun ke-50 dengan pelancaran Artistry Studio™ edisi New York.
Kecantikan yang Sihat Artistry™ mengubah cara kita melihat kecantikan.
Kecantikan yang sihat dilahirkan dengan pelancaran Artistry Skin Nutrition™ yang menawarkan pelbagai produk yang berfungsi sebagai suplemen kulit yang jelas dapat mengubah kesihatan kulit.
Hari ini, kami mengutamakan Kecantikan yang Sihat dalam jenama Artistry™ dan masa depan kami yang mengujakan. Kami juga berbangga kerana jenama Artistry™ sentiasa menumpukan pada produk yang selamat dan mujarab yang memperlihatkan kulit yang tampak cantik dan sihat. Idea kecantikan yang sihat adalah sebahagian daripada susur-galur kami dan sentiasa dijadikan kompas panduan yang bermula daripada beberapa produk pertama kami.