Kesucian Artistry™

Kecantikan yang Sihat adalah Kecantikan yang Suci

Apabila anda tahu jenis bahan yang terkandung dalam produk kami, anda percaya bahan yang disapu pada kulit anda. Sudah menjadi matlamat kami untuk merumus setiap produk Artistry™ mengikut Garis Panduan Kesucian Artistry™ yang menggunakan bahan yang tulen dan selamat.

Kesucian Artistry™

Kecantikan yang Sihat adalah Kecantikan yang Suci

Apabila anda tahu jenis bahan yang terkandung dalam produk kami, anda percaya bahan yang disapu pada kulit anda. Sudah menjadi matlamat kami untuk merumus setiap produk Artistry™ mengikut Garis Panduan Kesucian Artistry™ yang menggunakan bahan yang tulen dan selamat.

ARTISTRY Clean Beauty

Ketahui lebih lanjut tentang ARTISTRY Clean dalam video di bawah:

The clean seal

Makna Kesucian Artistry™

Bagi membimbing kami dalam proses penciptaan produk yang dirumus secara teliti dan berkesedaran, kami mencipta Garis Panduan Kesucian Artistry™ tersendiri supaya anda yakin dengan ketulenan, keselamatan dan kemujaraban produk kami. Serlahkan kulit yang tampak sihat tanpa kompromi. Sebagai permulaan, koleksi Artistry Skin Nutrition mematuhi setiap garis panduan ini. Begitu juga semula produk kecantikan masa depan yang dilancarkan selepas bulan Mac 2021.

  • Senarai Larangan Bahan Kecantikan yang Suci Artistry™ mengandungi lebih daripada 1,300 bahan yang kami tidak akan guna sama sekali
  • Senarai Dibenarkan mengandungi bahan sains dan botani yang dipercayai kami
  • Rumusan Vegan dan rumusan tanpa pengujian haiwan

Senarai Larangan Bahan Kecantikan yang Suci Artistry™

Bahan-bahan yang kami tidak akan guna sama sekali. Kami berkomited memberikan ketenangan fikiran kepada semua orang yang menggunakan produk kami. Bagi menyokong komitmen ini, kami tidak menggunakan bahan tertentu — lebih 1,300 bahan.

Bahan yang kami tidak akan guna:

  • Paraben
  • Ftalat
  • Formaldehid Donor
  • Surfaktan sulfat (SLS dan SLES)
  • Oksibenzona
  • Oktil Metoksicinamat (OMC)
  • Silikon Siklik
  • Monoetanolamina (MEA)
  • Minyak Mineral
  • Metilkloroisotiazolinona dan Metillisotiazolinona (CIT/MIT)

Mana-mana daripada lebih 1,300 bahan yang dilarang oleh EU kerana tidak selamat yang merangkumi:

  • Kloroform
  • Kromium
  • Plumbum
  • Merkuri
  • Triklosan
  • Titanium

Mana-mana bahan daripada haiwan yang merangkumi:

  • Madu
  • Warna karmin

Sila maklum: Senarai Larangan Bahan Kecantikan yang Suci Artistry™ ialah senarai bahan tertentu yang tidak akan sekali-kali digunakan dalam rumusan kami dan senarai ini sentiasa bertambah. Produk berikut mematuhi sepenuhnya Senarai Larangan: Koleksi Artistry Skin Nutrition™, pelbagai rumusan Studio Artistry™ Skin, dan semua produk kecantikan Artistry™ yang dilancarkan selepas bulan Mac 2021.

Senarai Dibenarkan Bahan Kecantikan yang Suci Artistry™

Bahan sains dan botani yang kami percaya. Memandangkan jenama Artistry™ mementingkan Kecantikan yang Sihat, kami mengumpil pengetahuan pasukan penyelidikan kami yang mendalam dalam bidang nutrisi, kesejahteraan dan penjagaan kulit untuk mencipta senarai bahan — terutamanya daripada tumbuhan — yang kami percaya boleh membantu memberikan kulit yang cantik dan tampak sihat dengan cara yang paling baik.

Kami menggalakkan penggunaan bahan yang selamat, bermanfaat dan diluluskan ini dalam rumusan kami.

Ekstrak yang boleh dijejak daripada pokok tanaman Nutrilite™:

  • Biji Chia Putih
  • Ceri Acerola
  • Bayam
  • Delima

Ekstrak botani pitonutrien yang diluluskan seperti:

  • Aloe Vera
  • Daisi Australia
  • Beri hitam
  • Agave biru
  • Licorice
  • Meadowsweet
  • Pitoplankton
  • Biji Quinoa
  • Alga Merah
  • Shiso Perilla
  • Bunga Tea Olive
  • Kunyit
  • Tembikai
  • Witch Hazel

Pitonutrien berasaskan tumbuhan adalah bahan utama dalam rumusan Artistry™. Bermula dengan pitonutrien semula jadi dan menggabungkannya dengan sains kulit inovatif kami, produk yang memberikan hasil yang jelas dan sebenar dapat dicipta.

Mengkaji dengan cermat dan mendokumenkan bahan-bahan sains seperti:

  • Protein Beras
  • Asid Amino
  • Carnosine
  • Micelles
  • Peresap Optik
  • Prebiotik
  • Zink PCA

Sila maklum: Senarai Dibenarkan Bahan Kecantikan yang Suci Artistry™ ialah senarai contoh bahan yang kami guna sekarang dan mungkin digunakan dalam produk masa depan dan senarai ini sentiasa bertambah. Ia menunjukkan cara produk Artistry™ menggabungkan sains dengan bahan-bahan berasaskan tumbuhan untuk memperkuatkan lagi rumusan kami yang selamat dan mujarab.

Rumusan Vegan

Tiada penggunaan bahan yang diproses daripada haiwan dan dihasilkan daripada haiwan. Tiada pengujian haiwan.

Semua Produk Artistry Skin Nutrition™ berdaftar dengan The Vegan Society (Persatuan Vegan).

Produk global Artistry Skin Nutrition™ tidak diuji pada haiwan!

Semua produk ARTISTRY SKIN NUTRITION adalah bebas paraben.

ingredients

Bagaimanakah Kesucian Artistry™ berfungsi dengan Kebolehjejakan?

Sama seperti dua keping kecil daripada sebingkai besar susun suai, Garis Panduan Kesucian Artistry™ dan Kebolehjejakan adalah dua bahagian berasingan tetapi mempunyai perkaitan dalam komitmen kami terhadap Kecantikan yang Sihat.

Kami menganggap Kesucian Artistry™ sebagai BAHAN: bahan yang dimasukkan ke dalam produk kami, iaitu bahan tertentu yang kami pilih atau yang kami tidak akan pilih.

Kebolehjejakan pula menunjukkan CARA: cara kami mencipta produk kami, termasuk proses penyumberan dan pengilangan serta pengujian produk dan bahan yang luas.

Pernyataan Matlamat Ikrar Artistry™

Janji Kami kepada Anda

Dalam semua pelancaran produk baharu dan pengemaskinian produk, kami sentiasa mengutamakan anda dan planet kita.

Kami berikrar untuk mendukung pernyataan kami di sini, dan sentiasa jujur dengan anda dalam semua penemuan sains baharu. Ini termasuk menyesuaikan Senarai Larangan Bahan Kecantikan yang Suci Artistry™ apabila perlu.

Kami juga berikrar untuk menyediakan lebih banyak produk yang mesra kepada alam sekitar, menyumbang pada peringkat produk dan proses untuk membantu mengurangkan sisa, seboleh mungkin.

Namun begitu, perkara yang baik mengambil masa. Pada tahun 2021, kami menetapkan beberapa matlamat yang perlu dicapai pada masa depan. Walaupun semua matlamat ini ada tarikh tamatnya, kami tidak akan berhenti di situ. Kami sentiasa menilai rumusan dan proses kami untuk memastikan produk yang tulen, selamat dan mujarab.

Kecantikan yang Suci pada tahun 2025

Kami mahu mencipta 100% produk Artistry™ yang mematuhi Senarai Larangan Bahan Kecantikan yang Suci Artistry™ pada tahun 2025. Ketika ini, semua rumusan Artistry Skin Nutrition™ mematuhi kriteria ini.

Penjejakan Biji benih sehingga Kulit

Semua rumusan Artistry Skin Nutrition™ sudah mengandungi botani tanaman Nutrilite™ dengan kebolehjejakan biji benih sehingga kulit.

Penggunaan Tenaga Alternatif

Pada hujung tahun 2019, syarikat Amway™ secara menyeluruh meningkatkan penggunaan tenaga alternatifnya kepada 95% dengan bantuan kuasa angin, kuasa suria dan inisiatif lain. Ikuti perjalanan matlamat kemampanan korporat kami di AmwayGlobal.com dalam tab Tanggungjawab Sosial Korporat.

Rumusan Biorosot pada tahun 2025

Pada tahun 2025, anda boleh menjangkakan banyak rumusan Artistry™ adalah jenis biorosot, jika boleh. Ketika ini, semua produk Artistry Skin Nutrition™ yang boleh dibilas mempunyai rumusan biorosot sepenuhnya.

Vegan pada tahun 2025

Kami berkomited untuk mendaftar semua produk Artistry Skin Nutrition, Artistry Core Color, dan Artistry Studio Skin sebagai produk Vegan pada tahun 2025 dan produk yang dijual dalam masa terhad akan dirumuskan tanpa mengandungi bahan daripada haiwan. Ketika ini, semua rumusan Artistry Skin Nutrition™ dan hampir semua rumusan Artistry Studio™ Skin berdaftar dengan The Vegan Society.

Pembungkusan Lebih Baik

Pada musim bunga 2021, koleksi Artistry Skin Nutrition™ akan mengurangkan 22% plastik berbanding siri penjagaan kulit terdahulu*. Penggunaan plastik setahun dikurangkan sebanyak 116,922 kg (257,229 paun) walaupun jumlah produk yang sama dihasilkan. Ini setara dengan penghapusan 11,810,351 botol air** setiap tahun dari alam sekitar kita.

*Siri penjagaan kulit Artistry Hydra-V™, Artistry Youth Xtend™, Artistry Youth Xtend™ Ultra dan Artistry Ideal Radiance™.
**Botol air 9.9g PET