Tentang Kami

Bahan yang terkandung dalam rumusan Artistry Skin Nutrition

Glosari Bahan ARTISTRY

Janji. Bukti. Ketenangan fikiran. Kami bekerja keras untuk menggunakan bahan sebaik mungkin. Anda juga berhak mengetahui bahan yang terkandung dalam produk yang anda guna. Sebab inilah kami mencipta panduan bahan yang terperinci yang memperkasakan rumusan kami.

Bahan Kami

Bahan Tanaman Nutrilite™

Semua bahan pitonutrien yang mengagumkan ini diperoleh dari pokok yang ditanam di ladang Nutrilite™ yang disahkan organik di seluruh dunia. Setiap satu boleh dijejak sepenuhnya daripada biji benih hingga kulit. Ketahui tentang Kebolehjejakan.

Biji Chia Putih
Biji Chia Putih

Tanaman Nutrilite™ di Rancho El Petacal, Mexico

Salah satu makanan unggul yang paling kaya dalam alam semula jadi dan bahan utama Artistry™. Pitonutriennya membantu menyuburkan dan melindungi kecantikan kulit yang sihat.

Setiap tanaman memperoleh "sijil lahir" yang menjejaki kehidupannya dari biji benih hingga pengekstrakan.

acerola-cherry
Ceri Acerola

Tanaman Nutrilite™ di Fazenda Amway Nutrilite™ do Brasil

Ceri ini menghasilkan ekstrak yang kaya dengan antioksidan, padat dengan Vitamin C dan pitonutrien lain.

Setiap tanaman memperoleh "sijil lahir" yang menjejaki kehidupannya dari biji benih hingga pengekstrakan.

Delima

Tanaman Nutrilite™ di Rancho El Petacal, Mexico

Kami membuktikan ekstrak kami yang kaya dengan antioksidan dapat membantu melegakan dan melindungi kulit daripada kerengsaan yang berpunca daripada 6 jenis pencemaran utama.

Setiap tanaman memperoleh "sijil lahir" yang menjejaki kehidupannya dari biji benih hingga pengekstrakan.

Spinach
Bayam

Tanaman Nutrilite™ di Rancho El Petacal, Mexico

Bahan yang berkuasa yang membantu memperkuatkan kemampuan semula jadi kulit untuk mentenagakan diri sendiri dan membantu pembaikan sel kulit yang rosak secara semula jadi.

Setiap tanaman memperoleh "sijil lahir" yang menjejaki kehidupannya dari biji benih hingga pengekstrakan.

Bahan-bahan Botani

Kami percaya penggunaan sumber pitonutrien semula jadi ialah cara terbaik untuk mencipta rumusan yang tulen, selamat dan mujarab. Pitonutrien botani kami diperoleh daripada tumbuhan. Dikumpulkan daripada bahan terbaik dalam alam semula jadi, anda pasti sangat yakin menggunakannya.

Aloe Vera

Ekstrak tumbuhan sukulen yang dapat membantu melegakan kulit.

Minyak Argan

Minyak campuran yang diperoleh secara semula jadi untuk membantu merapikan kulit.

Daisi Australia

Ekstrak bunga yang mempunyai manfaat antioksidan dan kelegaan yang ketara.

Beri hitam

Daripada daun beri hitam, ia dapat membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan seperti kedutan atau ketaktegangan.

blue agave
Agave biru

Ekstrak tumbuhan sukulen yang dapat membantu menguatkan lagi tahap penghidratan semula jadi kulit.

licorice
Licorice

Ekstrak akar yang digunakan untuk menenangkan kulit.

meadowfoam seed oil
Minyak Biji Meadowfoam

Emolien yang membantu menjadikan kulit terasa lembut dan halus.

meadowsweet
Meadowsweet

Ekstrak herba yang dapat membantu memastikan keseimbangan kulit berminyak.

Ekstrak Oat
Ekstrak Oat

Ekstrak oat yang diperoleh secara semula jadi untuk membantu memejalkan kawasan mata yang halus.

oat protein
Protein Oat

Protein kaya nutrien yang menghalus dan melicinkan permukaan kulit dengan lembut.

plankton
Pitoplankton

Bahan dari laut yang dapat menyerap lebihan minyak sambil mengekalkan penghidratan semula jadi kulit.

quinoa seed
Biji Quinoa

Ekstrak bijian yang dapat membantu mengurangkan kemunculan gelung hitam di mata.

red algae
Alga Merah

Ekstrak tumbuhan laut yang dapat membantu melawan penyahhidratan kulit.

Rosemary

Ekstrak daun untuk membantu menguatkan perintang kulit untuk pelembapan yang berpanjangan.

Mentega Shea

Salap pelembap untuk melembut dan melicinkan kulit.

Buah Silvervine

Ekstrak buah yang menjernihkan kulit untuk membantu memulihkan kulit yang kusam dan menua.

Shiso Perilla

Ekstrak botani yang dapat membantu melegakan kulit.

Bunga Tea Olive

Bunga yang harum semerbak dan kaya dengan antioksidan.

Tembikai

Ekstrak buah yang dapat membantu melindungi kulit daripada kerosakan yang berpunca daripada radikal bebas.

witch hazel
Witch Hazel

Penjernih liang daripada sumber semula jadi yang dapat membantu mengimbangkan tahap keminyakan kulit.

Bahan-bahan Sains

Penggunaan bahan yang diperoleh secara saintifik membolehkan kami menguatkan lagi kesan bahan unggul semula jadi dan menghasilkan campuran manfaat yang sempurna mengikut keperluan anda. Semua sudah diuji dan disahkan secara menyeluruh untuk memastikan ia tulen, selamat dan mujarab.

amino acids
Asid Amino

Agen pembersihan sederhana kuat yang dapat menyingkirkan bendasing dengan lembut.

Carnosine

Peptida yang memberikan perlindungan terhadap cahaya biru dan cahaya inframerah yang merosakkan kulit.

Glycerin
Gliserin

Humektan yang diperoleh secara semula jadi untuk membantu memberikan lembapan yang mendalam semasa pembersihan.

hyaluronic-acid
Asid Hialuronik

Molekul pengekal lembapan untuk membantu melicinkan garis-garis halus dan kedutan.

micelles
Micelles

Molekul seperti magnet yang menarik dan membuang bendasing.

Peresap Optik

Partikel peresap mikrocahaya memberikan kecerahan serta-merta.

Peptida

Molekul asid amino yang boleh membantu melicin, memejal dan menghilangkan kesembapan pada penampilan kulit.

Prebiotik

Ekstrak pengimbangan mikrobiome dapat membantu menyokong fungsi pelindung kulit.

Protein Beras

Membantu mencegah kerosakan pada sistem sokongan kulit dan melindungi anda daripada tanda-tanda penuaan.

Vitamin E

Antioksidan yang berkuasa untuk membantu melindungi kulit daripada radikal bebas.

Zink PCA

Serbuk yang dapat membantu mengawal minyak untuk penampilan tanpa kilatan.

Tiada yang Anda Tidak Mahu

Kami berkomited memastikan keselamatan semua orang yang menggunakan produk kami. In order to provide ARTISTRY Clean formulas, we choose not to use certain ingredients and we continuously monitor to keep on top of the latest findings.

Dirumuskan tanpa: