espring icon

Soalan-soalan Lazim

S1 :
Perlukah saya biarkan unit terpasang sepanjang masa? Jika ya, adakah penggunaan kuasanya menjadi sangat tinggi?
Unit perlu dihidupkan untuk penjejakan tempoh hayat kartrij yang betul; jika tidak penjejakan itu tidak akan tepat. Berdasarkan penggunaan kuasa bagi 5,000 liter air dalam satu tahun, ini adalah kurang daripada RM5.00.
Badan unit atau ‘housing’ dibina daripada pelbagai plastik berkejuruteraan gred tinggi. Bahagian bersentuhan air, termasuk kartrij dan semua bahagian yang sedia dipasang, semuanya dibina daripada bahan-bahan yang memenuhi Standard NSF/ANSI. Blok karbon eSpring menggunakan karbon yang diaktifkan berasaskan tempurung kelapa berkualiti tinggi.
eSpring bertujuan digunakan dengan air terawat majlis perbandaran atau perigi persendirian yang dianggap boleh diminum. eSpring telah diuji dengan paras bahan cemar yang lebih tinggi daripada yang kemungkinan besar ditemui dalam sistem air kediaman. Jika eSpring digunakan di perigi persendirian, air perigi seharusnya diuji sekali setahun bagi memastikan bahawa ia masih boleh diminum.
Ya. Untuk mencegah air daripada tercemar, simpan dalam bekas yang bersih dengan penutup yang ketat. Jika disejukkan dengan betul dalam bekas kedap udara, air terawat itu boleh disimpan sehingga satu minggu.
Rasa air adalah bergantung kepada apa yang terkandung dalam air. eSpring menambah baik rasa air dengan menyingkirkan banyak bahan yang menjejaskan rasa, bau dan kejernihan air seperti partikel atau klorin.
eSpring disahkan oleh NSF International, sebuah pertubuhan kesihatan awam bebas tidak berteraskan keuntungan yang membantu pengguna dengan mengekalkan standard untuk makanan, air dan barangan pengguna serta mengesahkan produk mengikut standard-standard ini. eSpring ialah sistem rawatan air di rumah yang pertama menampilkan sistem karbon/UV yang memenuhi Standard NSF 42, 53, 55, 401, P473 dan P477. Standard-standard ini diiktiraf di seluruh dunia dan disahkan oleh NSF kerana mengurangkan bahan cemar yang menjejaskan kesihatan berbanding sistem penurasan UV berasaskan karbon yang lain.
Anda tidak sepatutnya berbuat demikian sama sekali. Hayat kartrij adalah berdasarkan keupayaan blok karbon untuk memerangkap bahan cemar. Jika anda membiarkan blok karbon tidak ditukar apabila ia telah penuh berisi dengan bahan cemar, ia tidak akan mampu memerangkap bahan cemar baru dengan berkesan. Selepas satu tahun, kami tidak boleh memberi jaminan bahawa penuras masih boleh menyingkirkan banyak bahan cemar yang memerlukan penjerapan kimia. Memandangkan bahan cemar ini biasanya tiada rasa dan bau, satu-satunya cara untuk memastikan kartrij anda akan terus menyingkirkannya ialah dengan menggantikan kartrij apabila monitor sistem menunjukkan isyarat.
Penggunaan tenaganya sangat minimum. Penggunaan tenaga untuk 5,000 liter air dalam setahun ialah kurang daripada RM5.00 (unit ini menggunakan kira-kira 2.5 watt dalam mod sedia dan kira-kira 80 watt apabila beroperasi).
Ia penting kerana ia akan memastikan Kartrij eSpring anda berupaya bertindak sebaik yang didakwa iaitu menyingkirkan lebih 140 bahan cemar dan menghapuskan sehingga 99.99% bakteria, virus dan banyak lagi…
Liang-liang kecil dalam penuras blok karbon berfungsi sebagai ‘perangkap’ untuk bahan cemar. Namun, lama-kelamaan molekul organik besar dalam air tidak mengalir di sekeliling penuras akan mula menyumbat liang-liang tersebut tidak kira sedikit mana sekalipun air yang anda gunakan. Akibatnya, aliran air menjadi lebih perlahan dan bahan cemar yang mungkin berbahaya boleh melepasi liang-liang yang tersumbat, bukannya terperangkap.
Ganti setiap 5,000 liter atau satu tahun, mana-mana yang terdahulu.
Dengan sistem pemantauan elektronik, anda tidak perlu risau tentang mengganti penuras terlalu awal atau terlau lewat. Sistem ini ‘membaca’ hayat kartrij secara automatik. Ia akan memberitahu anda dengan bunyi bip dan mesej yang berkelip pada LED apabila kartrij perlu diganti.
S1 :
Apakah itu cahaya ultraungu? Adakah ia menjadikan air radioaktif?
Telah dibuktikan dengan muktamad bahawa cahaya ultraungu yang digunakan dalam Sistem Rawatan Air eSpring adalah selamat untuk digunakan di rumah anda. Cahaya ultraungu (UV) adalah satu bentuk tenaga sinaran, sama seperti cahaya nampak dan gelombang radio. Seperti bentuk tenaga sinaran yang lain, tenaga UV dipancarkan - atau ‘menyinarkan’ – dari satu sumber dan bergerak pada kelajuan cahaya menerusi udara dan ruang. Atas sebab ini, sebarang bentuk tenaga sinaran boleh dirujuk sebagai ‘radiasi’ – sama ada ia datang dari matahari, bal lampu, atau lampu UV di dalam eSpring. ‘Radiasi’ tidak sama dengan ‘radioaktiviti’. Radioaktiviti merujuk hanya kepada bahan-bahan yang memancarkan radiasi nuklear, seperti uranium. Tiada bahan radioaktif di dalam Sistem Rawatan Air eSpring.
Karbon diaktifkan akan mengikat dengan dan menyerap kebanyakan sebatian organik berasaskan karbon seperti racun perosak dan racun rumpai. Semak halaman eSpring kami untuk senarai lengkap bahan cemar yang boleh disingkirkan oleh penuras karbon.
Karbon yang digunakan di dalam kartrij eSpring mempunyai taburan khas 3 jenis liang:
  • Makroliang adalah liang besar yang menyingkirkan sebatian yang lebih besar (jisim atom lebih daripada 10,000 unit).
  • Liang Peralihan menyingkirkan sebatian bersaiz sederhana dengan jisim atom sekitar 500 unit seperti racun perosak.
  • Mikroliang menyingkirkan sebatian kecil dengan jisim atom kurang dari 100 unit, seperti THM.
  • Selagi penuras digunakan dengan betul dan diganti seperti disyorkan, ini bukanlah satu isu.
    Karbon didalam penuras mengikat dengan sebatian organik berasaskan karbon. Mineral dan sebatian tak organik lain tidak mempunyai asas karbon. Oleh itu, ikatan biasanya tidak akan terbentuk dengan karbon, dan mineral akan kekal larut di dalam air dan melalui penuras.
    eSpring menggunakan penuras blok karbon yang mengandungi karbon ‘tekan yang diaktifkan’. ‘Diaktifkan’ bermaksud karbon tersebut telah diproses untuk menghasilkan liang-liang di dalamnya. Proses ini meningkatkan kawasan permukaan karbon tersebut. ‘Tekan’ bermaksud karbon tersebut telah dimampatkan menjadi blok poros menggunakan teknologi berpaten khusus.
    Kebanyakan bahan cemar berkaitan kesihatan (racun perosak, VOC, THM) mengandungi molekul karbon yang cenderung untuk melekat. Oleh itu, bahan cemar dalam air paip cenderung untuk untuk melekat dengan penuras blok karbon. Kami ‘mengaktifkan’ karbon tersebut melalui proses pemanasan khusus yang menghasilkan beribu-ribu liang. Keadaan ini meningkatkan kawasan permukaan untuk menarik bahan cemar. Karbon tersebut kemudian ‘ditekan’ untuk menghasilkan blok karbon mampat. Proses ini meningkatkan keupayaan penuras untuk menarik dan ‘memerangkap’ bahan cemar berasaskan karbon apabila air melalui blok karbon.
    Oleh sebab kawasan permukaan liang-liang adalah terhad, keupayaan memerangkap penuras karbon adalah terhad. Itulah sebabnya kartrij mesti ditukar setiap tahun atau setiap 5,000 liter, mana-mana yang sampai dahulu.
    Jika ada bakteria hadir dalam air yang mengalir masuk, ia mungkin membiak dalam penuras karbon semalaman atau ketika tempoh tidak aktif. Perkara ini benar untuk hampir semua penuras dalam pasaran termasuk penuras karbon. Itulah sebabnya Sistem Rawatan Air eSpring menggunakan tambahan lampu ultraungu (UV) sebagai sebahagian daripada proses penurasan. Lampu UV tersebut menghapuskan sebarang bakteria yang hadir dalam air selepas ia melalui penuras karbon.
    Lampu UV merupakan cara yang berkesan untuk merawat air tanpa menggunakan bahan kimia. Lampu UV harus mempunyai keamatan yang tepat dan air harus didedahkan kepada cahaya tersebut dalam tempoh masa yang khusus untuk merawat air dengan sempurna.
    Cahaya UV yang digunakan dalam eSpring telah dibuktikan dengan muktamad selamat untuk kegunaan di rumah anda. Cahaya UV adalah satu bentuk tenaga sinaran yang serupa dengan cahaya nampak dan gelombang radio. ‘Radiasi’ tidak sama dengan ‘keradioaktifan’.Keradioaktifan hanya merujuk kepada bahanbahan yang mengeluarkan radiasi nuklear seperti uranium. Tiada bahan radioktif di dalam eSpring dan air yang dituras eSpring selamat untuk diminum.
    eSpring menggunakan kartrij semua dalam satu yang mengandungi satu lampu UV di dalam satu penuras blok karbon. Lampu UV tersebut mendedahkan air kepada dos UV yang berkuasa hingga 80 milijoule (unit ukuran) setiap sentimeter persegi. Lampu UV dalam eSpring menampilkan teknologi instant on. Membuka paip akan mengaktifkan sensor yang membuatkan lampu hidup dengan segera. Hal ini akan memastikan lampu UV tidak sentiasa dihidupkan. Bermakna air tidak panas dan tiada pembaziran tenaga.
    S1 :
    Apakah keadaan penyimpanan yang disyorkan untuk kartrij WTS eSpring?
    Kartrij harus disimpan jauh daripada suhu tinggi, kelembapan tinggi, agen pencuci, haruman dan bahan kimia lain.
    Jangka hayat kartrij eSpring adalah 3 tahun. Dalam tempoh ini, dengan cara penyimpanan yang sempurna, WTS eSpring memberikan keupayaan penurasan luar biasa sama seperti yang didakwanya. Jika disimpan lebih daripada 3 tahun, sukar untuk menjamin kualiti produk yang sama selepas jangka hayatnya luput.
    Panjangnya yang standard ialah kira-kira 6 kaki.
    Ya. eSpring perlu sentiasa dihidupkan untuk menjejaki jangka hayat kartrij dengan tepat. Selain itu, bekalan elektrik diperlukan untuk menghidupkan bal UV. Tanpa kuasa elektrik, penuras karbon diaktifkan akan tetap menjalankan tugas menyingkirkan bahan cemar daripada air tetapi bal UV tidak akan menyala.
    Berkenaan dengan lubang paip, lubangnya mestilah:
  • Berdiameter antara 32mm-38mm
  • Panjangnya dari dinding 32mm
  • Kedalamannya sekurang-kurangnya 45mm
  • S1 :
    Adakah cahaya ultraungu biasa digunakan untuk merawat air?
    Ya. Cahaya UV kali pertama digunakan untuk merawat air pada 1919, dan diiktiraf sebagai kaedah berkesan untuk merawat air tanpa menggunakan kimia. Ia kerap digunakan oleh pemproses makanan, syarikat minuman, pembekal air botol, pengilang farmaseutikal dan lain-lain untuk merawat air yang digunakan dalam proses pengeluaran.
    Biasanya, minyak dan asap dapur tidak akan merosakkan unit. Walau bagaimanapun, jika unit tidak kerap dibersihkan, ia boleh pudar lama- kelamaan. Untuk mengekalkan kebersihan unit, lap unit dengan Cecair Pencuci Pinggan Mangkuk DISH DROPS™ yang dilarutkan.
    Bahan cemar dalam air yang boleh menimbulkan masalah kesihatan yang serius tidak boleh dikesan melalui rupa dan rasa.
    Kebanyakan kemudahan rawatan air boleh menghasilkan air yang baik. Namun, klorin biasanya digunakan dalam proses rawatan. Apabila klorin ditambah, ia boleh bertindak balas dengan bahan-bahan organik dalam air dan membentuk THM seperti klorofom yang dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit kritikal. Rasanya juga boleh menjadi tidak enak.
    Selain itu, air boleh tercemar antara kemudahan rawatan dan kediaman dengan cara melalui paip yang terkakis, paip yang dipateri dengan plumbum atau disimpan di dalam tangki simpanan yang terdedah kepada pencemaran mikrobiologi.
    eSpring menggunakan gabungan teknologi yang lebih baik iaitu penuras karbon, lampu UV dan pemantauan elektronik untuk memberikan sistem terbaik. Dakwaan-dakwaan eSpring telah disahkan oleh NSF, pakar terkemuka tentang rawatan air. eSpring merupakan salah satu daripada beberapa sistem sahaja yang memenuhi piawaian 42, 53, 55, 401, P473 dan P477 NSF untuk penyingkiran bahan cemar. Ia juga merekodkan sokongan untuk penyingkiran lebih banyak bahan cemar berbanding mana-mana sistem berasaskan karbon yang disahkan NSF. Dakwaan-dakwaan yang dibuat oleh sistem rawatan air lain di pasaran biasanya berkaitan rawatan untuk rasa, rupa dan bau dan tidak berupaya menuras bahan cemar yang menjejaskan kesihatan.
    Dapatkan eSpring Hari Ini!