Page 2 - Amway Puasa & Raya eCatalogue 2022
P. 2

Rayakan Setahun Sekali !






                                              Setahun hanya sekali,
                                        Merayakan hari yang mulia ini


        Pasti terngiang-ngiang lagu Raya ini di telinga       Walaupun sibuk dengan tugas harian, pastikan
        kita setiap kali menjelang Syawal yang juga           kita tidak mengabaikan kesihatan dan cara
        menandakan kita bakal menyambut Hari Raya             yan mudah untuk membantu mengekalkan
        Aidilfitri.                                           kesihatan ialah dengan pengambilan suplemen
                                                              untuk mengisi jurang nutrisi dalam diet kita.
        Pelbagai juadah yang lazat menanti kita               Kekal cergas, sihat sepanjang Ramadan.
        sepanjang Ramadan dan Syawal nanti. Tapi              Tampil cantik, berseri di Hari Raya. Tentunya
        janganlah pula kita mengabaikan kesihatan             bersama-sama Amway.
        dek kerana asyik menikmati aneka sajian
        yang terhidang. Kita perlulah mengambil               Pulau Pandan jauh ke tengah,
        berat tentang kesihatan kita juga dengan
        pengambilan suplemen yang boleh membantu              Gunung Daik bercabang tiga,
        mengekalkan kesihatan kita.                           Bulan Ramadan bakal menjengah,

        Dalam Katalog ini, kami kongsikan pelbagai            Bulan Syawal pasti tiba.
        panduan untuk anda menjaga kesihatan diri,
        mengawal berat badan dan juga membantu                Selamat Menyambut Bulan
        anda menjalani bulan Ramadan dengan cara              Ramadan & Selamat Hari Raya
        yang sihat dan kelihatan cantik, menarik dan          Aidilfitri daripada Amway.
        berseri di Hari Raya nanti.













































                                                            2
   1   2   3   4   5   6   7