Atmosphere DRIVE

KUALITI YANG TIDAK KELIHATAN, REALITI YANG ANDA BOLEH RASAI.

Berkuat kuasa 15 Jun 2019, Amway memperkenalkan penuras 3 dalam 1 yang direka bentuk semula untuk Sistem Rawatan Udara Kereta Atmosphere DRIVE™. Penuras baru ini memperlihatkan reka bentuk yang lebih mantap untuk memberikan pengalaman produk rawatan udara Atmosphere DRIVE™ yang lebih baik untuk kereta. Reka bentuk 3 lapisan baru ini juga meningkatkan prestasi penuras dalam keadaan persekitaran yang melampau.

Penuras Atmosphere yang direka bentuk semula ini masih menggunakan proses penurasan 3 peringkat yang sama.
Peringkat 1 – Prapenuras untuk menyingkirkan partikel yang lebih besar di dalam udara.
Peringkat 2 – Lapisan karbon di dalam medium seperti span yang mengurangkan bau.
Peringkat 3 – Penuras partikel fabrik untuk menyingkirkan partikel yang bersaiz lebih kecil.

Atmosphere Drive™ ialah produk rawatan udara kereta nombor satu di dunia dari segi jualan.
* Berdasarkan kajian Verify Markets bagi hasil jualan global 2018.

TEKNOLOGI YANG DITAMPILKAN

null

CADR

Prestasi unggul dari segi Kadar Penghantaran Udara Bersih – 30 m3/j
null

PENURAS 3 dalam 1

(Prapenuras, penuras karbon dengan span dan penuras partikel fabrik)
Jangka hayat penuras: 350 jam
null

RFID

Penuras Automatik Menetapkan Semula dan Mencegah Kepalsuan
null

KELAJUAN KIPAS

Rendah, Tinggi dan Auto.
null

TALI

Tali Velcro disertakan untuk mengikat
null

ARAS HINGAR

Tidak melebihi 55dBA
null

KORD 4M

Untuk kefleksibelan dan pengurusan kord
null

3 LIANG INPUT

1 liang output di depan
Menunjukkan aliran udara yang ketara

KEBERSIHAN DARI DALAM

Asap ekzos daripada kereta dan trak di jalan raya. Pencemaran udara di lebuh raya. Bau yang menyelubungi jalan-jalan desa dan bahagian tengah bandar. Semua itu menyumbang kepada bahan cemar di udara yang anda sedut ketika dalam perjalanan… dan ia boleh diminimumkan di dalam kereta anda dengan Sistem Rawatan Udara Kereta Atmosphere DRIVE™.

 

Sistem Rawatan Udara Kereta Atmosphere DRIVE™ ialah peranti penurasan baru yang unik untuk membantu menyediakan udara yang lebih bersih di dalam kereta di serata dunia. Teknologi yang dihasilkan dengan jitu ini berasal daripada Atmosphere™, jenama sistem rawatan udara di rumah paling banyak dari segi jualan di dunia yang diiktiraf atas keupayaannya menyingkirkan kotoran terkecil dan bau yang sedikit untuk memastikan keluarga anda bernafas dengan udara yang bersih.

  • Sistem Rawatan Udara Kereta Atmosphere Drive - Demonstrasi Penurasan Udara Berkesan
  • Sistem Rawatan Udara Kereta Atmosphere Drive - Perbandingan Penurasan Bahan Cemar

PEMASANGAN

Laluan Kabel – Tempat Letak Tangan

Pilihan 1

Pilihan 2

Konsol Tengah dengan pengikat

Aliran udara jika Drive diikat di konsol tengah

Melayu