Page 9 - Amagram January-February 2020 (BM)
P. 9
9
Sumber Air Bermineral yang Bersih
Bagaimanakah kita boleh mendapatkan air bermineral yang bersih hanya dengan
membuka paip? Sistem Rawatan Air eSpring mampu memberikannya.
Ia mempunyai Penuras Karbon yang berkesan menyingkirkan sehingga lebih
140 kotoran yang berpotensi menjejaskan kesihatan seperti racun serangga, merkuri dan
plumbum. Ia juga mempunyai Lampu UV yang menghapuskan 99.99% bakteria dan
virus menggunakan teknologi pintar, menjadikan prestasi unit ini sangat efisien dan boleh
dipercayai.
Walaupun ia berkesan menyingkirkan bahan cemar, Sistem Rawatan Air eSpring juga
membenarkan mineral bermanfaat melaluinya. Ini penting bagi warga tua dan kanak-
kanak yang sedang membesar, yang memerlukan nutrien penting seperti kalsium dan
magnesium untuk kekal sihat.
Mengapa eSpring?
Kemudahan yang ditawarkannya memang tidak boleh
dinafikan. Namun, teknologi di sebalik Sistem Rawatan
Air eSpring yang benar-benar membuatkannya menonjol.
Teknologi kuasa tanpa wayar eCoupled mengalirkan arus
elektrik melalui udara, air dan komponen plastik tanpa
hubungan elektrik secara langsung.
Di samping itu, terdapat “Cip Pintar" yang menyambungkan
ke paparan monitor LED sistem. Ia menggunakan ikon
ringkas dan isyarat audio untuk memberitahu anda sama
ada sistem berfungsi dengan betul dan memberikan isyarat
kepada anda apabila tiba masanya untuk menukar Kartrij.
Jadi, pilihlah penuras yang berasaskan teknologi yang
terbukti untuk kesihatan dan keselamatan keluarga anda
seperti Sistem Rawatan Air eSpring. Ia diperakui oleh NSF
International dan telah memperoleh Mohor Emas daripada
Persatuan Kualiti Air.
Paling bagus, setiap penuras mampu berfungsi untuk
menyalurkan bekalan air bersih sehingga setahun untuk
sebuah keluarga seramai 4 orang agar kekal sihat dan
aktif. Lagipun, sistem rawatan air ini tidak rumit dari segi
penyelenggaraan. Ini bermakna lebih banyak masa untuk
anda mencipta memori indah dengan insan tersayang
semasa musim perayaan.
AG 0120 Pg 6-9 Home Care_eSpring.indd 9 09/12/2019 10:14 AM