Ia disimpulkan kepada tiga aspek. Anti-inflammatory (Antikeradangan), Imunity (Keimunan) dan Respiratory Health (Kesihatan Pernafasan). Secara ringkas, AIRways (Saluran Udara) anda. Sistem imun adalah penjaga yang mencegah kuman, virus dan organisma berbahaya daripada memasuki dan mengganggu badan anda. Bagaimanakah anda melindungi keimunan anda? Dengan memastikan badan anda mengambil bahan-bahan yang mengandungi fungsi antikeradangan dan meningkatkan kesihatan pernafasan.

Kurkumin dan asid glisirizik (GA), kedua-duanya wujud dalam kunyit dan likuoris, masing-masing terkenal kerana mengandungi fungsi antikeradangan. Ini membantu melegakan kesukaran bernafas, meningkatkan kesihatan pernafasan anda dan paling utama menguatkan keimunan seseorang.

Kunyit membantu mengurangkan sakit badan dan keradangan. Akarnya dipanggil kurkumin dan digunakan secara meluas untuk merawat simptom-simptom seperti bersin, gatal, hidung berair dan tersumbat. Secara tradisional, ia digunakan secara meluas kerana sifatnya yang antibakteria, antioksidan dan antiseptik.

Likuoris mengandungi sifat antikeradangan yang membantu dalam masalah bengkak. Secara tradisional, likuoris digunakan untuk kesihatan pernafasan yang lebih baik dan melegakan sakit perut. Akar likuoris mengandungi glisirizin yang juga digelar asid glisirizik. Likuoris dan akarnya dikatakan dapat mengurangkan batuk dan meningkatkan kimia dalam badan kita yang menyembuhkan ulser.

Rujukan

Kuatkan keimunan dengan merangsang badan anda dengan Vitamin C. Nutrien menguatkan sistem imun daripada patogen, meningkatkan pelbagai fungsi sel imun, menyumbang kepada kesihatan kulit yang baik dan dikenali kerana membantu dalam kesihatan pernafasan, menyembuhkan luka, mengurangkan parut dan sintesis kolagen, iaitu protein untuk kulit anda. Sumber Vitamin C yang baik? Ceri aserola.

Rujukan

Fungsi antikeradangan dan sistem imun yang kuat boleh tercapai jika kesihatan pernafasan optimum turut wujud.

Saluran pernafasan bahagian atas seseorang terutamanya terdiri daripada hidung dan tekak. Bersin kerana selesema biasa, basah kerana hujan, bertindak balas kepada alahan atau rasa tidak sihat? Ini tercetus oleh kedua-dua faktor luaran dan dalaman akibat sistem imun anda yang semakin lemah. Saluran hidung dalam hidung anda mungkin tersekat kerana lendir yang menyebabkan keradangan. Ini juga akhirnya boleh menyebabkan kesukaran bernafas.

Bagaimanakah anda dapat bernafas dengan lebih baik? Penyelesaian: Mengambil suplemen dengan fungsi antikeradangan, keimunan dan kesihatan pernafasan.

Rujukan