Kebolehjejakan Artistry™

Janji. Bukti.
Ketenangan Fikiran.

Janji Artistry™ ialah penjagaan kulit yang menyerlahkan kecantikan yang sihat, tanpa kompromi. Janji kami disokong oleh bukti perincian yang boleh dijejaki bagi memastikan bahan-bahan kami adalah bersih dan tulen serta formula kami adalah selamat dan berkesan. Kami menjejaki perinciannya untuk memberikan anda ketenangan fikiran – dan penjagaan kulit yang anda boleh sukai.

Kebolehjejakan Artistry™

Janji. Bukti.
Ketenangan Fikiran.

Janji Artistry™ ialah penjagaan kulit yang menyerlahkan kecantikan yang sihat, tanpa kompromi. Janji kami disokong oleh bukti perincian yang boleh dijejaki bagi memastikan bahan-bahan kami adalah bersih dan tulen serta formula kami adalah selamat dan berkesan. Kami menjejaki perinciannya untuk memberikan anda ketenangan fikiran – dan penjagaan kulit yang anda boleh sukai.

Apakah Kebolehjejakan?

Apakah Kebolehjejakan ARTISTRY™?

Kebolehjejakan Artistry™ membuktikan cara produk kami dibuat. Bukti butiran yang menunjukkan produk kami suci dan murni, serta rumusan kami selamat dan mujarab, boleh dijejak supaya fikiran anda tenang — dan Kecantikan yang Sihat yang boleh anda suka.

Sains

Proses saintifik kami membuka manfaat botani terbaik yang boleh ditawarkan oleh alam semula jadi untuk kulit yang tampak sihat. Setiap penyelesaian Artistry™ memiliki kisahnya yang tersendiri yang diceritakan oleh butiran kebolehjejakan.

Kami mendokumenkan sains di sebalik rumusan kami, bukti kualiti bahan mentah kami, orang yang melaksanakan setiap langkah dengan cermat dan setiap ujian yang mengesahkan sesuatu produk mematuhi standard kualiti kami. Anda tidak akan tertanya-tanya sama ada produk penjagaan kulit anda selamat dan mujarab kerana butirannya boleh dijejak.

Asal-usul Botani

Produk Artistry™ mengandungi bahan tanaman Nutrilite™ yang boleh dijejak pada peringkat yang lebih mendalam iaitu daripada biji benih kepada penyelesaian penjagaan kulit dan akhirnya kepada anda.

Kami menjejaki bahan botani tanaman Nutrilite™ ke ladang yang disahkan organik yang menanam pokok secara mampan. Kami mendokumenkan orang yang menjaganya dan cara penjagaannya, serta langkah-langkah tekal yang diambil untuk memastikan ketulenan, keselamatan dan kemujarabannya. Peringkat kebolehjejakan ini adalah bukti penjagaan kulit yang bermanfaat tanpa kompromi — suci dan dicipta secara beretika.

Penciptaan Produk

Daripada pengujian bahan hingga pengujian produk siap, produk Artistry Skin Nutrition™ ada dijalankan melebihi 400 ujian ke atasnya untuk memastikan setiap kelompok mematuhi standard kualiti kami.

Setiap produk penjagaan kulit Artistry dibuat mengikut standard pengilangan dan amalan kualiti produk yang tekal yang setara dengan suplemen Nutrilite™. Kami mengawal, mendokumenkan dan mengesahkan semua langkah pemprosesan berbilang kali supaya tepat. Kertas yang digunakan dalam karton Artistry Skin Nutrition™ diperoleh dari hutan yang diuruskan secara mampan yang mengamalkan pengurusan hutan yang bertanggungjawab.

ARTISTRY Traceable

Mengapakah kebolehjejakan itu penting?

Kebolehjejakan adalah bukti penjagaan kulit yang bersih. Bersih adalah penting tetapi ia memerlukan lebih daripada kata-kata untuk mempercayai sesuatu produk itu memenuhi jangkaan anda. Dengan kebolehjejakan, anda mendapat bukti yang didokumenkan bahawa segala yang mungkin telah dilakukan untuk mengekalkan manfaat kecantikan seperti yang dijanjikan oleh labelnya.

Anda boleh melihat bahawa segala langkah berjaga-jaga telah diambil untuk memastikan bahan-bahannya tidak dicairkan atau tercemar dan bahawa produk itu telah diuji berulang kali untuk mengesahkan keselamatan dan keberkesanannya.

Uji. Kemudian uji semula.

Kecantikan yang Sihat bertunjangkan kepercayaan

Kepercayaan datang daripada bukti yang boleh dijejaki bahawa produk penjagaan kulit anda dihasilkan mengikut standard yang melangkaui industri kecantikan; bahawa ia dicipta secara sedar untuk melindungi anda, bumi dan orang yang terlibat dalam penghasilan produk anda; dan produk tersebut telah menjalani ujian keselamatan yang ketat.

Kami mematuhi ramuan terperinci dan standard pembuatan yang sama seperti yang digunakan untuk suplemen Nutrilite. Setiap kumpulan produk Artistry™ diuji berulang kali untuk keselamatan dan kualiti, dari bahan mentah hingga produk yang kami hantar kepada anda. Jika produk tersebut tidak lulus, ia tidak akan dihantar.

Membuktikan kesucian Lulus
Diuji di makmal Amway
Semua ujian dan pemeriksaan bahan
Penilaian bendasing (memastikan tiada bendasing)
Dirumuskan dengan bahan daripada senarai dibenarkan kami
Dirumuskan supaya mematuhi senarai larangan kami
Dirumuskan tanpa paraben
Dirumuskan tanpa surfaktan sulfat
Dirumuskan tanpa ftalat
Dirumuskan tanpa bahan daripada haiwan
Dirumuskan tanpa minyak mineral

Membuktikan keselamatan Lulus
Keserasian bahan
Mikroujian terhadap rumusan (bagi memastikan tiada mikroorganisma jahat)
Penilaian bahan toksikologi (memastikan keselamatan bahan anda)
Ujian keselamatan klinikal pihak ketiga*
Ujian kepekaan kulit (HRIPT)*
Ujian pihak ketiga biorosot rumusan* (memastikan ia selamat untuk alam sekitar kita)
Ujian keselamatan in vitro*
Semua haruman mematuhi standard IFRA (Persatuan Haruman Antarabangsa) semasa
Ketiadaan bakteria penyebab penyakit
Ketiadaan yis
Ketiadaan kulat
Jumlah mikroorganisma terkawal
Pemeriksaan pH

Membuktikan kualiti bahan sehingga produk siap Pass
Ujian teknologi bahan (mencegah dan membaiki perlindungan persekitaran yang kompleks, pembaikan pelindung, penghidratan)
Ujian sinergi botani
Bekerjasama dengan universiti
Ujian klinikal
Ujian prestasi bahan aktif*
Ujian pelindung suria*
Ujian kestabilan
Kelikatan
Pengesahan hayat simpanan
Semakan jumlah
Ujian kebocoran pembungkusan
Pemeriksaan mesin pembungkusan (memastikan tiada bahan cemar)
Pemeriksaan produk akhir

*Ujian dilakukan pada produk berkenaan

Chia Flower
ARTISTRY Traceable

Perbezaan antara "semula jadi", "organik" dan "berasaskan tumbuhan" serta kebolehjejakan.

Istilah seperti produk kecantikan semula jadi, penjagaan kulit semula jadi dan organik mungkin bermaksud sesuatu produk itu berasaskan tumbuhan atau mengandungi bahan botani organik tetapi ia tidak secara automatik bermakna produk itu selamat dan berkesan.

Walaupun terdapat senarai bahan yang tidak digunakan sama sekali, butiran penting tentang bahan-bahan yang dimasukkan tidak dinyatakan. Kebolehjejakan menyediakan butiran yang membuktikan produk anda adalah selamat, tulen dan berkesan – bahawa apa yang tertera pada labelnya sememangnya itulah yang terdapat dalam bungkusannya.

Botani tanaman Nutrilite™ boleh dijejak sepenuhnya

Beberapa bahan paling penting kami boleh dijejak pada tahap yang lebih mendalam. Kami memanggilnya kebolehjejakan “biji benih sehingga kulit”, tetapi frasa ringkas ini terkandung perjalanan yang menakjubkan. Kami menjejaki bahan botani tanaman Nutrilite™ kami bermula dengan kelompok biji benih asli. Kemudian, kami mengikuti biji benih ke ladang iaitu tempat pokok ditanam secara organik dan mampan (setiap pokok memiliki sijil kelahiran tersendiri), mendokumenkan orang yang menjaganya dan cara penjagaannya, serta tanpa henti-henti memeriksa dan menguji untuk memastikan ketulenan, keselamatan dan kemujaraban.

Terdapat titik sentuh tambahan pada setiap langkah dalam perjalanan ini, daripada penuaian hingga ke kemudahan yang mengubah pokok menjadi ekstrak yang kuat, daripada penghantaran ke loji hingga pembungkusan akhir dan pengedaran. Peringkat kebolehjejakan ini adalah bukti penjagaan kulit yang bermanfaat tanpa kompromi – suci dan dicipta secara beretika.

Semak Sijil Lahir Bahan

Terokai Ladang Nutrilite™ kami

Rancho El Petacal Nutrilite™

Barat daya Mexico
Sumber Biji Chia Putih, Bayam dan Delima Artistry™
Disahkan Organik

Kerja tambahan yang perlu dilakukan untuk menanam mengikut amalan organik dan mampan tidak dianggap sebagai beban kepada para peladang kami kerana mereka suka dan seronok melakukannya. Mereka juga membantu berkongsi manfaat kemampanan dengan komuniti tempatan yang tinggal di sekitar kawasan ladang.

Fazenda Amway Nutrilite™ do Brasil

Timur laut Brazil
Sumber Ceri Acerola Artistry™
Disahkan Organik

Ini salah satu ladang acerola terbesar di dunia kerana mempunyai lebih daripada 127,000 pokok ceri acerola. Bagi menghasilkan ceri yang kaya dengan pitonutrien, pasukan kami memperkayakan tanah dengan kompos semula jadi dan bahan mineral organik yang lain.